Monday, 3 January 2022

Beware of illegal GC schemes by corrupt RAs that are breaking the laws and asking the residents to pay

To the RAs, pls follow the guidelines and the rule of law...

"Even though there is no law that says you cannot hire security guards for your residence... you cannot block the community or others from moving in/out. You will be breaking the laws when you block public roads, or stop cars and ask for identification (MyKad/ Driver's License) from the public. Fyi, using access card system is also illegal here.

You can only instruct your private security guards to take down the details of vehicles moving in/out, such as the time, car model, colour and registration number only."

Please do not in any way coerce, threaten or bully others. Please do not act as though you own the housing estate and please do not act like gangsters. Please do not operate informal GnG scheme if you do not know the laws/guidelines. Please be informed accordingly.

----<<<>>>----

Dasar Perbandaran Negara Kedua - Prinsip 4:

Dalam mewujudkan masyarakat yang inklusif dan 'cohesive' sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Perbandaran Negara Kedua - Prinsip 4: Pembangunan Bandar Yang Inklusif dan Saksama, skim komuniti berpengawal adalah tidak digalakkan. (Ia merangkumi semua jenis skim komuniti berpagar 'informal').

Kesejahteraan komuniti dan perpaduan masyarakat mesti diutamakan, bukan kepentingan setengah pihak sahaja. Kita semua mestilah memupuk nilai-nilai murni 'Keluarga Malaysia' dan bukan sebaliknya. Malangnya skim-skim berpagar 'informal' ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada komuniti setempat dan penduduk sekitar. 

Kebanyakan skim-skim berpagar haram ini mempunyai anasir jahat yang dikuasai oleh kongsi gelap. Mereka tidak hormat kepada "Rukun Negara - Kedaulatan undang-undang". Ini juga merupakan musuh utama negara kerana ia adalah perosak kepada kesejahteraan dan perpaduan masyarakat.

Banyak pihak persatuan penduduk melaksanakan skim kawalan mereka dengan sesuka hati tanpa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Pihak persatuan penduduk korup ini juga melanggari akta-akta, syarat-syarat serta perundangan sediada.



Tahniah kepada pelantikan baharu YDP MPKlang, Noraini Roslan, bekas Datuk Bandar Subang Jaya yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang semasa berkhidmat di MBSJ.

Semoga beliau dapat merajui MPKlang ke tahap yang lebih baik lagi. Harapan kita ialah semoga beliau dapat menyemarakkan lagi semangat Keluarga Malaysia dan kesejahteraan komuniti di bawah MPKlang.

Diharap MPKlang dapat bertindak dengan tegas ke atas skim-skim kawalan tidak formal di taman-taman perumahan (bukan persendirian) yang tidak mengikuti garis panduan ataupun yang melanggari undang-undang.

Diharap kelulusan untuk skim-skim kawalan bukan formal di taman-taman perumahan bukan swasta tidak diberikan dengan sewenang-wenangnya. Diharap beliau tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak seperti pihak persatuan penduduk ataupun sindiket yang ingin mendapatkan kelulusan untuk skim kawalan mereka.

Mana-mana pihak persatuan penduduk yang tidak memperolehi persetujuan penduduk tulen 100% tidak boleh diberikan kelulusan untuk kegunaan kad akses automatik. Dan pihak RA yang melaksanakan kad akses tanpa memenuhi syarat ini mestilah diambil tindakan dengan tegas. (Untuk maklumat anda, semua komuniti berpagar yang formal juga mempunyai 100% persetujuan penduduk)

Pengawal keselamatan yang meminta kad pengenalan pihak awam atau menghalang kenderaan penghuni patut diambil tindakan juga.

Sudah tiba masanya kedaulatan undang-undang diambil dengan serius... 

----<<<>>>----

Anda boleh membuat aduan kepada MPKlang sekiranya:
  • anda dihalang pengawal keselamatan / tidak dibenar untuk memasuki taman perumahan berkenaan
  • anda diminta dokumen pengenalan seperti MyKad atau Lesen Memandu
  • sistem kad akses automatik yang dilarang digunakan

Anda juga boleh membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri sekiranya:
  • Pengawal keselamatan yang bertugas meminta dokumen pengenalan pihak awam
  • Pengawal keselamatan diambil tanpa memenuhi syarat-syarat Akta Agensi Persendirian (Lesen di bawah Seksyen 3 Akta No. 27/71)

----<<<>>>----

We hope the govt will implement housing policies that are inclusive, harmonious and in line with our National Unity Blueprint. We wish the new policies will prioritize Rukun Tetangga, Rukun Negara and the Keluarga Malaysia spirit...

It's time the govt put a stop to informal gated communities in non-private properties (RAs) that are breaking the laws. The rights of all law-abiding citizens must be respected. We need new policies that prevent certain quarters from taking advantage of the situation and duping residents into joining.


Seperti terkandung dalam Garis Panduan PLANMalaysia 2019 yang diterbitkan oleh JPBD, "Dalam mewujudkan masyarakat yang inklusif, 'cohesive' dan saksama, sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Perbandaran Negara Kedua - Prinsip 4: skim komuniti berpengawal adalah tidak digalakkan dalam jangka masa panjang."

**************

"Skim GnG yang tidak formal" (skim berpagar yg tidak sah)  adalah perosak kepada kesejahteraan komuniti dan perpaduan masyarakat. Kita semua hendaklah memupuk nilai-nilai murni Aspirasi Keluarga Malaysia, BUKAN sebaliknya. 

Semua Persatuan Penduduk digesa tubuhkan Kawasan Rukun Tetangga KRT dan Skim Rondaan Sukarela SRS untuk menggantikan skim berpagar yang tidak formal. Skim berpagar hanya dibenarkan di kediaman atau taman perumahan persendirian /strata sahaja.

Featured Post

MPK Manual Garis Panduan; JPBD Slides GP022

* Sumber Rujukan: MPKLANG - manual garis panduan komuniti berpagar & komuniti berpengawal di kawasan MPKlang. (Terima kasih & ...